Thursday, 27 December 2012

APA ITU VCOA?

Bismillah.. Assalamualaikum.. :)



Rasanya semua pernah dengar tentang VCO kan? Tapi bagi yang baru pertama kali dengar atau yang pertama kali mahu mencuba.. Jum kita baca serba sedikit tentang VCO..

VCO adalah Virgin Coconut Oil yang sememangnya sentiasa hangat di pasaran dek kerana khasiat-khasiat yang memang tidak dapat disangkal..dan telah terbukti keberkesanannya. Dan apa itu VCOA? VCOA adalah Virgin Coconut Oil Antioxidants keluaran Treenea..
VCOA atau Minyak Kelapa Dara Antioksidan dihasilkan dalam bentuk softgel bagi mudah untuk dimakan menggunakan 100% bahan-bahan semulajadi yang sangat penting bagi setiap dari kita mengambil sebagai makanan tambahan/supplement.

Kenapa perlu pilih VCOA keluaran Treenea sebagai Makanan Tambahan?
Secara umumnya Minyak Kelapa Dara sangat baik untuk kesihatan kulit luaran dan juga kesihatan dalaman. Ianya dapat mengurangkan masalah kulit kering,jerawat,tona kulit tidak sekata. Istimewanya Minyak kelapa dara keluaran Treenea kerana kombinasi antioksidan didalam setiap kapsulnya.

Apa itu Antioksidan?
Antioksidan merupakan bahan kimia yang diperlukan oleh tubuh untuk meneutralkan radikal-radikal bebas dan mencegah kerosakan yang dihasilkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein dan lemak.

Apa iu Radikal Bebas?
Radikal bebas ialah bendasing yang wujud didalam sel-sel badan kita disebabkan oleh proses pengoksidanan semasa sel-sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Ia juga terhasil disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat, persekitaran yang kotor dan pemakanan yang tidak seimbang dalam kehidupan sehari-hari kita seperti (makanan berlemak,bergoreng). Bahan kimia toksik sepertinya racun serangga atau sekiranya anda hidup atau dikelilingi oleh perokok. Asap rokok yang dihasilkan oleh mereka merupakan antara bahan-bahan kimia yang berbahaya untuk tubuh badan kita. Tekanan emosi(stress) juga mengaktifkan penghasilan radikal-radikal bebas didalam tubuh. Adakah anda tidak pernah mengalami tekanan emosi/perasaan a.k.a stress?? hehehe :)

Minyak Kelapa Dara/ VCOA dalam bentuk softgel memang tersangat laris dipasaran hari ini kerana apa? kerana ianya mudah ditelan dan selamat untuk diapplykan ke seluruh muka :)

Kelebihan/kebaikan VCOA :
  1. Mengurangkan masalah jerawat, kulit berminyak,jeragat dan kulit kering.
  2. Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari pancaran sinaran matahari.
  3. Menghasilkan kulit yang lembap/moisture yang sesuai dengan kulit.
  4. Membantu mengurangkan maslalah senggugut bagi wanita.
  5. Menghasilkan extra tenaga dan daya tahan tubuh badan.
  6. Membaiki pencernaan dan penyerapan vitamin.
  7. Menambahbaik sistem penghadaman.
  8. Meningkatkan tahap kesuburan.
  9. Dapat menghilangkan strechmark bagi wanita hamil.
  10. Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
  11.  Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
  12. Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.
  13. Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.
  14. Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.
  15.  Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi
  16. Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.
  17. Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas
  18. Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi anatara faktor punca serangan jantung.
Virgin Coconut Oil Antioxidants keluaran Treenea bukan sahaja sesuai untuk wanita, malah lelaki dan juga kanak-kanak. Jangan risau jika anda mahu menjadikan VCOA keluaran Treenea sebagai supplement harian anda kerana VCOA tidak mengandungi kesan-kesan sampingan yang membayahakan kerana VCOA bukanlah sejenis ubat tetapi hanya makanan tambahan yang dihasilkan oleh bahan-bahan semulajadi dan 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet. :)

Treenea adalah sebuah syarikat bumiputera dan produk yang dihasilkan telah mendapat kelulusan dan sijil HALAL :)


Pengalaman peribadi sebagai pengguna VCO untuk pertama kali dulu, pertama sekali yang tubuh saya adapt adalah bab "buang air besar".. hehe.. saya memang bermasalah dengan 'proses pengeluaran' ni.. sembelit. & 2-3-4hari sekali baru membuang.. memang susah sangatttt nak membuang hari-hari which is gaya mcm ini adalah sangat-sangat tidak elok untuk sistem tubuh kita. Jadi since saya consume VCO.. memang esoknya dan hari-hari seterusnya 'proses pengeluaran' tersangat lancar & tak sembelit..  tiap-tiap pagi saya akan sakit perut dan akan 'berurusan' dengan mudah.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan membaca testimoni-testimoni pengguna lain, Jika anda mengambil VCOA sebagai makanan tambahan ianya akan automatik mengenalpasti masalah-masalah yang ada didalam tubuh badan kita, yang kadang-kadang kita sendiri tidak tahu. Penting sekali untuk anda tahu dan faham, setiap kita mempunyai masalah yang berlainan. Jadi kesan yang akan anda peroleh setelah mengambil VCOA adalah berlainan dari individu yang lain. Contohnya seperti saya, saya mempunyai masalah jerawat tetapi first time consume Virgin coconut oil tidaklah kulit saya terus jadi halus mulus.. ;) tetapi VCO bertindak mengenalpasti PUNCAnya..iaitu membaikpulih sistem pencernaan & perkumuhan saya. Yang mana, yang perlu kita faham antara faktor terhasilnya jerawat adalah dari sistem perkumuhan yang tidak lancar dan tidak teratur. :)






No comments:

Post a Comment